Friday, August 13, 2010

Kita Takkan Pernah Tahu


Andai kita mengetahui kapan ajal akan memanggil, nescaya kita akan masih berlengah-lengah lagi dalam mencari keredhaanNya. Kehidupan ini seakannya abadi. Well, nampaknya seakan begitu bukan? Siang dan malam seluruh jiwa dan jasad kita kerahkan untuk mencari kebahagian yang ntah berbentuk idealistic. Tapi sahabat, kita lupa akan satu hal. Yang, kehidupan kita ini bakal berakhir ntah mungkin sebentar lagi.Siapa tahu.

Oh Ya!, sebelum itu! Kita masih punya sekarang =) untuk kita kerahkan sedikit yang tidak seberapa kalau tidak pun segalanya untuk pembekalan kita menghadapi kehidupan disana. Jangan kita berputus asa dengan rahmat dan hidayah Allah. Semua orang masih berpeluang untuk menjadi hamba yang Soleh dan Solehah sehingga panggilanNya datang. Kita masih punya sekarang. Peluang untuk kita merubah segalanya. Untuk menjadi seorang yang lebih baik=) Beriman, bertaqwa, yang manis tutur katanya, indah perlakuannya dan menjadi contoh kepada sahabat yang lain. Itulah kita yang sebenar-benarnya. Sememangnya kita dilahirkan sebagai seorang yang soleh dan solehah. Bezanya, pengalaman yang telah membentuk kita sekarang. Jadi tunggu apa lagi?ayuh kita reset kembali diri kita.

 Dan, menjadi diri kita yang sebenar-benarnya iaitu seorang yang soleh dan solehah!  Tidakkah syurga itu mengiurkanmu? Inshallah, Kita jumpa disana ya?=)

1 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

mcm mn la klu nyawa kita ditarik lepas ni..Ya Allah, takut

Post a Comment

Amazing Peoples

Hidayah Gener-8

Readings

 
AN ABSOLUTE JOURNEY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.