Showing posts with label tazkiyah. Show all posts
Showing posts with label tazkiyah. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

لو كان بيننا Andai Dia Berada Di Samping Kita (Part 2)








*Play Music Dulu*

Pernah tak kita terfikir, seandainya rasulullah bersama kita sekarang. Menjadi pemimpin kita dan menjadi teladan kita. Kehidupan sehari-harinya bersama dia. Kita ke pasar, berjumpa dengannya. Kita ke masjid dia mengimami kita, dan kita duduk di halaqah-halaqah bersamanya.

Apa yang akan dikatakan dia kepada kita melihat keadaan kita sekarang, melihat keadaaan ummah sekarang dan, apa yang akan kita katakan kepadanya. 

Seandainya dia bersama kita sekarang,......

Adakah kita akan melewat-lewatkan subuh dalam lena tidur,

Mensia-siakan masa kita,

Mendekati yang Mungkar, dan menjauhi yang maaruf,

Jauh Dari mengingati Allah,

Tidak bersikap Amanah,

Jauh dari Quran,

Dan Insan-insan terus dalam arus kemaksiatan? ..........



Kawan,
Adakah kita lupa akan kecintaan Rasulullah kepada ummah ini?

Kepada kau dan aku? 

Kebaikan dan Rahmah yang diturunkan kepada kita hanya kerana menjadi sebahagian dari ummah muhammad yang sedikit sekali mencintainya?

Adakah kita kita lupa akan kecederaan dan cabaran yang ditempuhi Rasulullah kerana ummah ini? 

Adakah kita lupa akan tangisan Rasulullah kerana kita? 

Hari ini, kita semua telah melupakan ajaran Rasulullah,
Kita telah melupakan sunnahnya, Kita tidak lagi pernah menghargai akannya,
Dan kita tidak memenuhi hak-hak Rasulullah dan tidak pernah sesekali dia membatasi hak-hak kita sebagai ummatnya. 

Nabi tidak pernah melupakan kita walau sesaat.

Di dalam peperangan badar, dengan jumlah para muslimin hanya 313 menentang 1000, bersenjatakan kayu-kayu, dan segalanya tidak lengkap.Dan pastinya, seandainya dikira akal pasti ia bagaikan salji yang dicairkan cahaya matahari. Dan Rasulullah, dengan tangisan yang mengalir di pipinya, berkata "Ya allah, apa yang terjadi pada ummahku pada hari ni? YA Allah kami dalam keadaan serba kekurangan, Ya Allah aku meminta seadaninya jika sekumpulan kecil muslimiin pada hari ini dihancurkan pada harini, kau tidak akan disembah selepas hari ini" Dia terus berdoa, dalam keadaan yang bersungguh dan penuh pengharapan. Dan datanglah saidina Abu Bakar ketika melihat keadaan rasulullah mendekati dan meletakkan lengannya disekeliling seraya berkata " Ya Rasulullah cukuplah, kau sudah cukup menangis dan berdoa kepada Allah s.w.t, Allah akan menerima Doamu". 

Rasulullah hanya mempunyai satu concern, dan concern itu adalah akan ummatnya. Sehinggalah di akhir hayatnya. Dan pada hari akhirat nanti, manusia akan berlumba-lumba meminta dan merayu syafaat dari Rasulullah. Dan satu persoalan timbul, Layakkah kita untuk menerima syafaat tersebut? 



Sudahkan kita cuba untuk mengamalkan ajarannya? Menjadi hamba kepada Allah? Mungkin masih jauh, tetapi permulaan itu sentiasa terbuka. 

Seandainya dia ada di samping kita, apa yang kau rasakan wahai kawan? 


لو كان بيننا Andai Dia Berada Di Samping Kita (Part 1)





Kawan, Semenjak dari kecil aku dibesarkan dengan tarbiyah aulad yang sistematik. Nurserynya, Nursery Dzilal. Tadikanya, Tadika Iman. Sekolahnya, Sekolah Islam Hidayah. Tapi kawan, Aku tak pernah mengerti dan ambil kisah akan semuanya. Hatta bedtime stories adalah kisah-kisah sahabat. Dan Aku tidak juga menghargainya dan ambil kisah. Mungkinlah itu kelemahanku disitu. Mengambil sesuatu for granted. Kurang menghargai apa yang ada di sisi. Sehinggalah ianya hilang.


Sehinggalah di akhir -akhir secondary school yang bukan lagi di Sekolah Islam Hidayah, Bukanya lagi di sebuah negara yang menerapkan kehidupan Islam dan bukan menjadi diriku mengikut kehendak si Khaliq.


 Di United Kingdom, Dimana untuk solat sahaja aku harus mencuri-curi waktu dan berlakon. Pada awalnya atas keterpaksaan, aku solat sambil duduk meletakkan buku besar dihadapanku cukup untuk melindungi mukaku dan solat menggunakan Isyarat. Apabila kawan-kawan yang berbangsa british menegurku dan bertanya " what' are you doin mate? " aku akan menjawab " Nothing mate, just readin here". Rasanya, sedikit pon tiada rasa ikhlas dan izzah. Bertempatkan di Mini Library untuk bilik ICT bersama beberapa orang melayu yang lain, kami beranikan sedikit demi sedikit. Kami hamparkan blazer coat kami di atas karpet dan solat sambil yang lain akan menjaga pintu kalau-kalau pelajar dan guru berbangsa British masuk. Dan sekali lagi, apabila disergah dengan tiba-tiba, kami akan berbuat selamba seakan tiada apa-apa yang berlaku disitu seperti alasan " Oh, Im looking for something here". 


Di Senior year, Akhir tahun Year 11, Ummi menulis surat kepada pengetua untuk diberikan ruang solat. Alhamdulillah, Bilik di sebelah reception boleh digunakan. Kali ini, aku dan beberapa adik-adik melayu ditemani seoranng sahabat British yang berminat untuk melihat bagaimana kami bersolat. Hamdulillah, timbul sedikit izzah di hati-hati kami. tiada lagi rasa malu dan segan. Tiada lagi rasa takut untuk menunaikan tanggung jawab kami. Tapi, itu hanya solat, aku masih lagi jauh. Jauh. 


Dan sekarang, sekembalinya disini, juga kerana terpaksa balik. Aku bersyukur. Walaupun rasa 19 tahun hidup jauh dari si Khaliq, aku menyesal kerana masa-masa yang lepas telah dipersiakan. Tapi dalam masa yang sama, masih belum terlambat untuk meneruskannya. Untuk menggapanya. Mungkin inilah perjalananku. Dan aku yakin, setiap dari kita pasti mempunyai cerita masing-masing. Perjalanan sendiri. jatuh-Bangun dalam mencari nuur Ilahi. Ada ketika ketika mencari, semakin jauh kita rasakan, semakin sesat kita akhirnya, tapi bagi yang tidak berputus asa, jalan kepadanya pasti akan ditunjuki di pengakhirannya. Sepertinya di dalam Al-Quran:


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?(Ankabuut:2) 

Kita selalu mendengar tentang kisah tentang keagungan Allah, kemuliaan RAsulullah S.W.T, dan  keperibadian para sahabah. Kisahnya bagi aku dan kita semua. Dekat di telinga dan jauh di hati aku kira. 

Sehinggalah musafirku ke bumi syams, berada di bukit arba'in. Di dalam sebuah gua singgahan para anbiya dan solat sunat disitu. Semuanya dirasakan dekat.dekat di hati. 

--Bersambung---

Friday, June 10, 2011

Realiti Perjalanan Yang Masih belum Terhenti







Betullah orang kata insan ini seperti pengembara

Insan berjalan di atas muka bumi, dalam langkahan yang pertama dia tidak mengerti akan apa-apa

Langkah demi langkah, mencurah seribu satu pengalaman, mengajar erti kehidupan, menerap pengajaran-pengajaran, membentuk keperibadian. 

Insan yang pada awalnya tidak mengerti akan apa, terus maju langkah demi langkah mahu atau tidak mahu. Selagi nikmat nafas dan kehidupan diberikan, dia terpaksa akur dengan perjalanannya. Soalnya, adakah dia akan melepaskan peluang kehidupan ini begitu sahaja?

Sebagai seorang Muslim, kita punya arah, kita punya tujuan, kita punya kompas, kita punya panduan lengkap yang di turunkan kepada kita. Tetapi, pernahkah kita terfikir akan nasib sahabat-sahabat yang tidak lagi disentuhi nikmat iman dan islam? Agaknya, apakah pendulum atau momentum yang menggerakkan roh dan jasad mereka untuk terus melangkah? melihat dan mentafsir kehidupan ini hanya berpaksi dan hanya berlimitasikan kehidupan dunia. 

akhirnya, ada yang menemukan 'absolute' destinasi, ada yang tidak dan ramai yang tersesat di pertengahan jalannya. Kita ini pengembara kawan, setiap navigasi adalah navigasi yang 'crucial' dan setiap langkah seharusnya mendekatkan kita kepada destinasi yang kita tujui. Jika si insan mempunyai destinasi yang salaha, dan juga mempunyai kompas yang salah, tentu dia tidak akan menemukan apa yang dia seharusnya menemukan seperti yang diberitahu tentang segala perihal tujuan penciptaan( Ad-Dzariyyat:56)  


Wednesday, June 8, 2011

Satu rahsia, Satu Misteri




Kawan, satu rahsia aku simpan, satu rahsia dalam hati, Aku punya satu ketakutan, aku punya satu kebimbangan.
Kebelakangan ini, inti-inti perbicaraan bersama sahabat-sahabat banyak yang menjuruskan kepada 'perubahan', 'menjadi yang lebih baik' dan 'taubat'. Lansung aku sedar, setiap seorang dari kita mempunyai kisah-kisah tersendiri dalam kehidupan kita. Kisahnya mungkin indah dari awalnya, ada yang gelap sehingga akhirnya dan aku kira yang terindah adalah perjalanan kehidupan yang berliku penuh hikmah dalam dakapan si khaliq.

Kita tidak dapat menjanjikan yang cara kehidupan yang kita lalui sekarang adalah pengakhiran kepada kehidupan kita di dunia ini. Seperti katanya si ustaz "its not the matter of how you live your life, but how it end". Pengakhiran yang kita inginkan adalah pengakhiran 'khusnul khatimah' atau 'pengakhiran yang baik' . Naah, satu masalah disitu bukan, siapa dapaty menjanjikan bahawa kita dapat terus istiqamah dalam mencari redha ilahi? tiada siapa. Kita insan, hanya terus mencuba, kerana kita takkan pernah tahu akan bila ajal bakal menjemput kita.Seperti kisahnya si 'alim Barsisa yang akhirnya terpedaya dengan helah syaitan di akhir hayatnya, begitu pula kisahnya si khalid al-walid dan abu sufyan yang pada awalnya menentang Rasulullah, kini dijadikan antara sahabat yang paling dimuliakan. 

Lalu, apakah pantas bagi kita untuk menyerah? oh tidak. Kita jatuh 7 kali, dan kita akan bangkit 8 kali. Biar kita pernah berbuat kesilapan di masa silamnya, biarkan ianya berlalu. Biarkan ia pergi. Teruskan mencuba. tereuskan memperbaiki setiap kecacatan yang ada, setiap kelemahan yang dimiliki. Pokoknya, jangan pernah menyerah kerana Allah akan berada di sampaing orang-orang yang ikhlas. Orang-orang yang sentiasa mengharapkan cahaya Allah. Kuncinya hati. tangisan dalam hati tiada siapa yang tahu dan juga mengerti. Tetapi, si Khaliq lebih mengetahui dan lebih mengerti lebih dari engkau sendiri mampu untuk berbuat demikian. 

Aku katakan disini, ia tidak mudah, tpai engkau tidak akan sesekali sesal untuk berada di atas jalannya. Lihatlah sekelilingmu, harapan itu masih ada.Disini bersama dalam doamu dan dalam pengharapanmu.


Peringatan bagi diri dan sahabat diluar sana yag setiap saat dalam pengharapan, memperbaiki kerosakan lampau dan masih sentiasa optimis akan masa hadapan yang bakal menjanjikan seribu satu cerita diantara kita dan si khaliq. 


Amazing Peoples

Hidayah Gener-8

Readings

 
AN ABSOLUTE JOURNEY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.