Wednesday, April 27, 2011

Menjadi Yang Terbaik

Bismilahi Rahmani Raheem


Assalamualaikum,



Pernahkah kita terfikir mengapa sesetengah orang melakukan perkara-perkara yang kita anggap sebagai tidak rasional dan tidak sepatutnya dilakukan. Contohnya, si fulan pergi merantau jauh ke suatu tempat, si fulanah terjun dari KB mall(Seperti yang berlaku) dan si 'ustaz' mengeluarkan ulasan-ulasan yang kurang enak dikeluarkan terhadapa seorang ulama yang lain.

Naah, dalam konsep pschology dan behaviour manusia, terdapat satu konsep yang dinamakan rational thinking. Secara umunya, seseorang yang menuturkan atau berkelakuan sesuatu disebabkan dari pendapatnya yang diperolehi dari pemikiran rasional. Even orang itu seorang yang tidak rasional, dia akan berpendapat bahawa dia sedang berfikiran rasional. 

Hakikatnya semua orang merasakan dia sedang dan telah mencuba yang terbaik baginya. Tetapi, limit paras cubaan terbaiknya tidak diketahui. Pepatah inggeris mengatakan bahawa "Failure is only when you gave up". Kita harus terus mencuba. Jatunya kita sebanyak 7 kali dibalas dengan bangkitnya kita sebanyak 8 kali. Tidak berputus asa adalah kunci kepada mimpi dan cita-cita kita. 

Sebagai seorang muslim, dalam berfikiran secara rasional kita mestilah meletakkan segala matlamat kita kepada Allah directly atau indirectly. Menjadikan Quran dan Sunnah sebagai garis panduan kita dan meletakkan Islam sebagai parameter perjalanan kita.   

Pada suatu ketika mungkin kita akan beberapa kali terpeson dari landasan ini, tapi ini bukanlah bermakna perjalanan di atas landasan yang tidak benar diteruskan, tetapi dijadikan panduan untuk perjalanan yang akan datang. Satu analogi seorang pengembara dalam perjalanan ke satu destinasi. Di pertengahan jalan dia menyedari bahawa dia telah tersalah junction. Yang sepatutnya dialkukan adalah untuk melakukan u-turn dan meneruskan perjalanan di atas landasan yang benar. Itulah hakikat kehidupan, kita akan sering kali tersalah jalan. Dan kita megharapkan GPS system (ilmu) untuk menjadi penunjuk jalan dalam kehidupan ini. 


1 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

nice :)

Post a Comment

Amazing Peoples

Hidayah Gener-8

Readings

 
AN ABSOLUTE JOURNEY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.