Wednesday, June 8, 2011

Satu rahsia, Satu Misteri




Kawan, satu rahsia aku simpan, satu rahsia dalam hati, Aku punya satu ketakutan, aku punya satu kebimbangan.
Kebelakangan ini, inti-inti perbicaraan bersama sahabat-sahabat banyak yang menjuruskan kepada 'perubahan', 'menjadi yang lebih baik' dan 'taubat'. Lansung aku sedar, setiap seorang dari kita mempunyai kisah-kisah tersendiri dalam kehidupan kita. Kisahnya mungkin indah dari awalnya, ada yang gelap sehingga akhirnya dan aku kira yang terindah adalah perjalanan kehidupan yang berliku penuh hikmah dalam dakapan si khaliq.

Kita tidak dapat menjanjikan yang cara kehidupan yang kita lalui sekarang adalah pengakhiran kepada kehidupan kita di dunia ini. Seperti katanya si ustaz "its not the matter of how you live your life, but how it end". Pengakhiran yang kita inginkan adalah pengakhiran 'khusnul khatimah' atau 'pengakhiran yang baik' . Naah, satu masalah disitu bukan, siapa dapaty menjanjikan bahawa kita dapat terus istiqamah dalam mencari redha ilahi? tiada siapa. Kita insan, hanya terus mencuba, kerana kita takkan pernah tahu akan bila ajal bakal menjemput kita.Seperti kisahnya si 'alim Barsisa yang akhirnya terpedaya dengan helah syaitan di akhir hayatnya, begitu pula kisahnya si khalid al-walid dan abu sufyan yang pada awalnya menentang Rasulullah, kini dijadikan antara sahabat yang paling dimuliakan. 

Lalu, apakah pantas bagi kita untuk menyerah? oh tidak. Kita jatuh 7 kali, dan kita akan bangkit 8 kali. Biar kita pernah berbuat kesilapan di masa silamnya, biarkan ianya berlalu. Biarkan ia pergi. Teruskan mencuba. tereuskan memperbaiki setiap kecacatan yang ada, setiap kelemahan yang dimiliki. Pokoknya, jangan pernah menyerah kerana Allah akan berada di sampaing orang-orang yang ikhlas. Orang-orang yang sentiasa mengharapkan cahaya Allah. Kuncinya hati. tangisan dalam hati tiada siapa yang tahu dan juga mengerti. Tetapi, si Khaliq lebih mengetahui dan lebih mengerti lebih dari engkau sendiri mampu untuk berbuat demikian. 

Aku katakan disini, ia tidak mudah, tpai engkau tidak akan sesekali sesal untuk berada di atas jalannya. Lihatlah sekelilingmu, harapan itu masih ada.Disini bersama dalam doamu dan dalam pengharapanmu.


Peringatan bagi diri dan sahabat diluar sana yag setiap saat dalam pengharapan, memperbaiki kerosakan lampau dan masih sentiasa optimis akan masa hadapan yang bakal menjanjikan seribu satu cerita diantara kita dan si khaliq. 


0 comments:

Post a Comment

Amazing Peoples

Hidayah Gener-8

Readings

 
AN ABSOLUTE JOURNEY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.