Monday, June 13, 2011

Dia Tsa'labah

Sunyi malam, ketika insan lain dibuai mimpi dek enaknya tidur dalam kepenatan,


Di situ dia bersendiri, bersimpuh sayu dalam lafaz istighfar mengharap maghfirah. Dengan raut muka yang kelihatan semakin cenkung hari demi hari dan diri yang tampaknya telah tidak terurus sekian lama. Beban hatinya, siapa yang tahu. Diasakan inilah pengakhirannya. Tiada lagi yang mampu menyelamatkannya. 

Duduk dia dalam diam, diatas sebuah bukit, dalam kegelapan malam. Terpisah dari insan dan kehidupan yang lain. 

Dia si Tsa'labah pembantu Rasulullah s.w.t,dengan keluh kesah, penyesalan atas ketelanjuran seketika sudah cukup menghantui fikiran dan jasadnya. 

Semuanya bermula ketika diminta Rasulullah untuk menjalankan sesuatu tugas. Dalam perjalanannya, dia telah melalui sebuah khemah di satu perkampungan. Dan ketika itu juga angin meniup tabir khemah itu dan memberi ruang kepada isinya. Tsa'labah terpaku seketika, dia mendapati bahawa terdapat seorang muslimah yang sedang mandi. Dan beberapa ketika selepas itu, dia tersentak lalu mengucapkan lafaz istighfar. Ketakutan mula meresapi qalbunya, penyesalan mula menghantuinya, dan kemurkaan Allah mula mendatanginya. 

Dia seraya berteriak " Apa yang telah terjadi kepadaku!, Aku seorang Munafiq!" Dia lantas berlari meninggalkan segalanya pergi untuk bersendiri. 

Selang beberapa hari, Rasulullah mula merasa risau atas kehilangan tsa'labah. Dia telah mengutuskan beberapa orang sahabat diantaranya Saidina 'Umar untuk mencari Tsa'labah.


---To be Continued----

2 comments:

shah said...

salam 'alaik. bro, harap dapat sambung cerita

Anonymous said...

aku butuh sambungan cerita ini.... ayuh

Post a Comment

Amazing Peoples

Hidayah Gener-8

Readings

 
AN ABSOLUTE JOURNEY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.