Sunday, June 12, 2011

لو كان بيننا Andai Dia Berada Di Samping Kita (Part 2)








*Play Music Dulu*

Pernah tak kita terfikir, seandainya rasulullah bersama kita sekarang. Menjadi pemimpin kita dan menjadi teladan kita. Kehidupan sehari-harinya bersama dia. Kita ke pasar, berjumpa dengannya. Kita ke masjid dia mengimami kita, dan kita duduk di halaqah-halaqah bersamanya.

Apa yang akan dikatakan dia kepada kita melihat keadaan kita sekarang, melihat keadaaan ummah sekarang dan, apa yang akan kita katakan kepadanya. 

Seandainya dia bersama kita sekarang,......

Adakah kita akan melewat-lewatkan subuh dalam lena tidur,

Mensia-siakan masa kita,

Mendekati yang Mungkar, dan menjauhi yang maaruf,

Jauh Dari mengingati Allah,

Tidak bersikap Amanah,

Jauh dari Quran,

Dan Insan-insan terus dalam arus kemaksiatan? ..........



Kawan,
Adakah kita lupa akan kecintaan Rasulullah kepada ummah ini?

Kepada kau dan aku? 

Kebaikan dan Rahmah yang diturunkan kepada kita hanya kerana menjadi sebahagian dari ummah muhammad yang sedikit sekali mencintainya?

Adakah kita kita lupa akan kecederaan dan cabaran yang ditempuhi Rasulullah kerana ummah ini? 

Adakah kita lupa akan tangisan Rasulullah kerana kita? 

Hari ini, kita semua telah melupakan ajaran Rasulullah,
Kita telah melupakan sunnahnya, Kita tidak lagi pernah menghargai akannya,
Dan kita tidak memenuhi hak-hak Rasulullah dan tidak pernah sesekali dia membatasi hak-hak kita sebagai ummatnya. 

Nabi tidak pernah melupakan kita walau sesaat.

Di dalam peperangan badar, dengan jumlah para muslimin hanya 313 menentang 1000, bersenjatakan kayu-kayu, dan segalanya tidak lengkap.Dan pastinya, seandainya dikira akal pasti ia bagaikan salji yang dicairkan cahaya matahari. Dan Rasulullah, dengan tangisan yang mengalir di pipinya, berkata "Ya allah, apa yang terjadi pada ummahku pada hari ni? YA Allah kami dalam keadaan serba kekurangan, Ya Allah aku meminta seadaninya jika sekumpulan kecil muslimiin pada hari ini dihancurkan pada harini, kau tidak akan disembah selepas hari ini" Dia terus berdoa, dalam keadaan yang bersungguh dan penuh pengharapan. Dan datanglah saidina Abu Bakar ketika melihat keadaan rasulullah mendekati dan meletakkan lengannya disekeliling seraya berkata " Ya Rasulullah cukuplah, kau sudah cukup menangis dan berdoa kepada Allah s.w.t, Allah akan menerima Doamu". 

Rasulullah hanya mempunyai satu concern, dan concern itu adalah akan ummatnya. Sehinggalah di akhir hayatnya. Dan pada hari akhirat nanti, manusia akan berlumba-lumba meminta dan merayu syafaat dari Rasulullah. Dan satu persoalan timbul, Layakkah kita untuk menerima syafaat tersebut? 



Sudahkan kita cuba untuk mengamalkan ajarannya? Menjadi hamba kepada Allah? Mungkin masih jauh, tetapi permulaan itu sentiasa terbuka. 

Seandainya dia ada di samping kita, apa yang kau rasakan wahai kawan? 


0 comments:

Post a Comment

Amazing Peoples

Hidayah Gener-8

Readings

 
AN ABSOLUTE JOURNEY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.