Thursday, June 9, 2011

Hidup itu Perubahan, Maka Berubahlah.





Bismillahi rahmani raheem,


*Play Music Diatas*


Buat Daei' dan Daeiyah,
Buat mereka yang terus-menerus cuba untuk menjadi hamba si khaliq dengan jatu bangunnya.
Buat mereka yang ditimpa musibah,
Buat mereka yang masih belum nampak jalannya,
Allah dekat dengan kita.


Itu tandanya........ALLAH masih sayangkan Kita


Orang selalu ditimpa ujian atau tribulasi akan sering merasakan bahawa itulah segala-galanya. Seakan tiada lagi jalan keluar darinya dan itulah segala pengakhiran. Allah berfirman dengan mafhumnya "apakah manusia mengira bahawa mereka tidak akan diuji selepas mengatakan mereka beriman?".


Di dalam post yang sebelumnya, ada disentuh tentang kehidupan sebagai satu perjalanan. Perjalanan yang berbeza. Ada yang anjang, ada yang pendek, tak lupa ada yang susah dan senang. Insan juga mempunyai persepsi-persepsi yang berbeza tentang kehidupan. Dan dari persepsi dan tanggapan inilah yang akan menentukan bagaimana insan akan melalui dan menafsirkan setiap detik perjalan panjang kehidupannya. 


Ujian dan tribulasi bukanlah sesuatu yang kita minta dan pinta. Tetapi, dengan kehadirannya membawakan kebaikan kepada kita dengan hikmah.Boleh jadi kita tidak menyukainya,  tetapi ia membawa kebaikan kepada kita. Ia bisa merubah kita dari zero to hero, dan sebaliknya. Ujian dan tribulasi datang dan membawa 2 halatuju berbeza bergantung kepada bagaimana insan mengharunginya. Ujian mampu membawa kepada kepada sesuatu yang lebih baik, dengan adanya ujian dan tribulasi, ia mendekatkan diri kepada si khaliq. Ujian dan tribulasi juga tidak kalahnya menjarakkan hati seorang hamba dari tuhannya. Ungkapan seperti "mengapa aku?" sering sahaja mempersoalkan posisi si khaliq pada insan. Berita gembira kepada orang yang bersabar. Apalah nilainya sedikit ujian dan mehnah buat insan jika dibandingkan dengan pembalasan dan kebaikan yang Allah berikan bagi orang yang bersabar. 


Lihatlah insan-insan disekeliling kita, hargailah apa yang kita punya. Senang untuk bersabar jika dibandingkan dengan untuk bersyukur. Sabar adalah situasi dimana insan terpaksa, dan syukur tidak memerlukan keterpaksaan untuk berbuat sedemikian. hanya insan yang mengerti dan menghargai nikmat yang diberikan mampu bersyukur. 


Ujian dan tribulasi banyak merubah kita, banyak membentuk kita, membentuk akhlak kita dan juga membawa  kebaikan-kebaikan yang kita tidak pernah sangkakan.berdoalah supaya kita diberikan kekuatan dan agar iman terus dipertingkatkan disamping sabar dan redha menemani kita walau apapun ketentuanya.  


Entry ini adalah untuk mereka-mereka yang berada di luar sana. Mari kita terus Optimis pada masa hadapan. Hari ini milikmu. Jangan biarkan ia pergi. Manfaatkannya, Allah sedang berbicara dengan kita, dia mengajarkan sesuatu kepada kita, dan dia terus-menerus memanggilmu untuk terus berada disampingnya, dalam limpahan rahmat si Ar-rahman. =) 


Hadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu, dan majlis yang mendekatkan padNYA. (untuk info, contact admin)

1 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

menarik. moga terus seronok untuk menghadapi ujian Ilahi kerana kita yg dipilihNya untuk menerima ujian! :)

Post a Comment

Amazing Peoples

Hidayah Gener-8

Readings

 
AN ABSOLUTE JOURNEY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.